Wednesday 22 June 2011

..Kelebihan Bulan Rejab..

Assalamualaikum...ape khbar kwn2?Hurmm...sedar x sdar rupenya kite dah smpai bulan rejab.mknenya xlama lg da nk puase.rase cpt je masa brlalu..mcm baru smlm je msuk thun baru,tp skrg da smpai tgh bulan..bile fkir2 balik ibdah pe yg ak buat drp awl thun smpai la arini,bnyk x pahala yg da ak dpt?hanya Allah je yg tau..so,bulan rejab ni buat la bnyak2 ibadah..sbb mmg bnyk sgt kelebihan die..kalo rse dri 2 sbuk luang kn laa cket mse yg ade..mane tau kite da xdpt jumpe bulan rejab yg akn dtg kn..ok,kt bwh ni juz nk share ngn kwn2 tntg kelebihan bulan rejab..renung2kan..dan SELAMAT BERAMAL!!=)



KELEBIHAN BULAN REJAB
Beberapa hadis lagi Rasulullah saw menunjukkan kelebihan bulan rejab:
1. Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah memuliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari Qiamat.
2. Bulan Rejab bulan Allah, bulan Sya’ban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan umatku.
3. Kemuliaan Rejab dengan malam Isra’ Mi’rajnya, Sya’ban dengan malam nisfunya, dan Ramadhan dengan Lailatul-Qadarnya.
4. Puasa sehari dalam bulan Rejab mendapat syurga yang tertinggi (Firdaus). Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.
5. Puasa 3 hari pada bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangnya ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).
6. Puasa 7 hari pada bulan Rejab, ditutup daripadanya 7 pintu neraka.
7. Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga, dan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah dalam syurga.
8. Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan ialah seperti kelebihan Al-Quran ke atas semua kalam (perkataan).
9. Puasa sehari dalam bulan Rejab seumpama puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari syurga.
10. Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada-Nya. Puasa dalam bulan Rejab, wajib bagi yang berpuasa itu:
a. Diampunkan dosa-dosanya yang lalu.
b. Dipelihara Allah umurnya yang tinggal.
c. Terlepas daripada dahaga di akhirat.
11. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan pada akhirnya, seperti puasa sebulan pahalanya.
12. Siapa bersedekah dalam bulan Rejab, seperti bersedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya pada setiap helai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjah, dihapus seribu kejahatan.

Da tau kelebihan bulan rejab??so,marilah kite tingkatkn lg amaln kite!!
Diantara amalan-amalan yang sangat baik dianjurkan ketika berada dalam bulan Rejab:

  •  Banyakkan puasa sunat.jika mampu
  •  Perbanyakkan Solat-solat sunat yang mengiringi solat fardhu (rawatib)
  • Solat sunat Dhuha, sunat tasbih, sunat tahajjud, sunat hajat, sunat witir dan sebagainya, buat menampung amalan fardhu                                                                                   
  • Banyakkan masa dengan membaca Al-Quran.
  • Banyakkan berzikir dengan bertasbih bertahmid, bertakbir dan bertahlil beberapa ratus kali. Jika tak mampu lakukan beberapa kali termampu pada sebilangan waktu. Waktu terbaik ketika hampir subuh selepas subuh dan ketika hampir masuk waktu berbuka puasa.
  • Berselawat keatas Nabi S.A.W. sebanyaknya 
  •  Beristighfarlah mohon keampunan diatas dosa-dosa yang lalu. Paling utama bacalah Istighfar Rejab setiap hari (sila rujuk dalam kitab-kitab doa atau melalui tuan-tuan guru mengenainya)
  •  Berdoalah memohon sebanyak-banyaknya dalam solat, didalam sujud dan selepas solat beberapa lama tanpa berasa jemu meminta.


Rasulullah saw. Bersabda
“ Barangsiapa berpuasa pada hari khamis , jumaat dan sabtu pada bulan haram (Rejab) maka Allah mencatat baginya ibadah dua tahun.


”Barangsiapa berpuasa satu hari berpuasa pada bulan rejab, maka ia seperti berpuasa (selama) satu tahun.


 “ Di dalam bulan Rejab ada satu hari dan satu malam yang mana barangsiapa berpuasa pada hari itu dan sholat malam pada malam itu, maka ia bagaikan berpuasa seratus tahun dan sholat malam seratus tahun lamanya. Hari itu ialah 3 hari terakhir."




sekian,wallahua'lam..

No comments:

Post a Comment